Sunday, May 18, 2008

PENGENALAN

Produk yang ingin kami perkenalkan adalah sejenis tuala kecil yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan harian. Pemilihan idea tercetus daripada pemerhatian dimana penggunaan tuala dikalangan pelajar politeknik yang gemar beriadah dan bersukan. Sasaran utama kami adalah dikalangan para pelajar samada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, kami turut mensasarkan produk kami dikalangan pensyarah-pensyarah dan juga kakitangan sokongan di Politeknik Sultan Idris Shah
Selain itu, kami mempromosikan produk kami kepada pelanggan luar yang terdiri daripada ahli keluarga dan sanak saudara, rakan-rakan, serta pelawat- pelawat yang datang ke politeknik (ibu bapa yang melawat pelajar pada hujung minggu). Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Harga ditentukan mengikut jenis pembungkusan produk tersebut mengikut kehendak pelanggan. Produk ini juga boleh dijadikan hadiah cenderahati sebagai tanda "Sentimental
Value".
Produk yang kami keluarkan dijamin kualiti serta boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Pelbagai promosi dilakukan untuk menarik pelanggan untuk mencuba dan membeli barangan kami seperti mengedarkan phamplet dan iklan untuk memberi ruang yang lebih luas kepada pelanggan untuk mengenali produk kami. Kami turut menyediakan servis untuk pembungkusan hadiah untuk produk kami serta khidmat penghantaran yang percuma kepada pelanggan.

No comments: