Sunday, May 18, 2008

PENGENALAN

Produk yang ingin kami perkenalkan adalah sejenis tuala kecil yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan harian. Pemilihan idea tercetus daripada pemerhatian dimana penggunaan tuala dikalangan pelajar politeknik yang gemar beriadah dan bersukan. Sasaran utama kami adalah dikalangan para pelajar samada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, kami turut mensasarkan produk kami dikalangan pensyarah-pensyarah dan juga kakitangan sokongan di Politeknik Sultan Idris Shah
Selain itu, kami mempromosikan produk kami kepada pelanggan luar yang terdiri daripada ahli keluarga dan sanak saudara, rakan-rakan, serta pelawat- pelawat yang datang ke politeknik (ibu bapa yang melawat pelajar pada hujung minggu). Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Harga ditentukan mengikut jenis pembungkusan produk tersebut mengikut kehendak pelanggan. Produk ini juga boleh dijadikan hadiah cenderahati sebagai tanda "Sentimental
Value".
Produk yang kami keluarkan dijamin kualiti serta boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Pelbagai promosi dilakukan untuk menarik pelanggan untuk mencuba dan membeli barangan kami seperti mengedarkan phamplet dan iklan untuk memberi ruang yang lebih luas kepada pelanggan untuk mengenali produk kami. Kami turut menyediakan servis untuk pembungkusan hadiah untuk produk kami serta khidmat penghantaran yang percuma kepada pelanggan.

TUJUAN & OBJEKTIF

Tujuan

Projek Mini ini dilaksanakan adalah untuk Pembelajaran bagi melengkapi modul Keusahawanan (P3117).

Objektif

  • Bagi mendedahkan pelajar semester akhir Diploma Sains Kesetiausahaan tentang dunia keusahawanan.
  • Untuk meningkatkan kompetensi-kompetensi diri untuk menjadi seorang usahawan.
  • Untuk melahirkan generasi pelapis dalam bidang keusahawanan pada masa hadapan.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN /SYARIKAT



Nama Perniagaan :

PSIS Towel Enterprise



Alamat Perniagaan :

Asrama Perempuan Politeknik Sultan Idris
Shah, Sg. Air Tawar, 45100 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan.


Alamat surat –menyurat :

Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang,
Pejabat Unit Hal-Hal Pelajar,
Sg. Air Tawar, 45100 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan.



No. Tel :

03-3213666 ext 1314/1313



Bentuk Perniagaan :

Perkongsian



Tarikh mula perniagaan :

15 April 2008



Modal Permulaan :

RM300

LATAR BELAKANG PEMILIK

LATAR BELAKANG PEMILIK


Latar belakang pemilik ‘PSIS TOWEL’ ini adalah dari pelajar-pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK 4A) iaitu :



  • Siti Emilia Binti Mohammad Latiff - 17DSK06F011
  • Lahir di Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan
  • Tarikh Lahir 15 Mei 1988
  • Anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik
  • Impian adalah untuk membuka salon kecantikan

  • Nurul Hidayyatun Nadeyya Binti Mohd Isa - 17DSK06F024
  • Dilahirkan di Batu Gajah Perak
  • Tarikh di lahirkan pada 10 Mei 1988 di Hospital
  • Anak yang pertama daripada 8 orang adik beradik
  • Impian adalah untuk menjadi wanita yang berjaya dalam segala bidang yang diceburi




  • Norhayati Binti Abdur Rahim - 17DSK06F028
  • Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur
  • Tarikh dilahirkan pada 20 Januari 1988
  • Anak ke-4 daripada 8 orang adik beradik
  • Impian adalah untuk mencapai cita-cita menjadi Seorang Pegawai Eksekutif

LATAR BELAKANG PRODUK

Latar Belakang Produk

Produk ini menggunakan tuala yang di inovasikan. Tuala ini mempunyai logo politeknik da perkataan PSIS di bawah logo tersebut serta berbentuk segiempat tepat. Ianya mempunyai pilihan beraneka warna mengikut kehendak pelangga. Contohnya :

  • biru
  • hijau
  • merah jambu
  • kuning